Tiada Kategori

Julie’s Hidupkan ‘Perut Kedua’ Dengan Acara Kreatif Di Pavilion Bukit Jalil

Nur Farra

Pernah tak anda rasa terlalu kenyang sampai dah tak boleh makan… tapi bila nampak pencuci mulut, terus ada ruang lagi? Itulah yang digelar rakyat Malaysia sebagai “perut kedua”.

Dengan idea unik ini, Julie’s menganjurkan acara bertema ‘Perut Kedua’ dari 3 hingga 7 September 2025 di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil.

Pengunjung akan dibawa masuk ke dunia interaktif “perut kedua” yang penuh warna dan kreativiti. Ada instalasi khas mengikut tiga perisa biskut wafel Julie’s, Mentega, Kopi dan Kelapa, lengkap dengan pengalaman interaktif seperti gelongsor bertema kopi dan ruang santai ala pantai tropika.

Selain itu, pelawat boleh cuba sampel biskut, bergambar di ruang interaktif, serta menebus kotak misteri edisi khasdengan pembelian produk Julie’s.

Julie’s menambah, pengalaman ini bukan sahaja menghiburkan, malah menghubungkan orang ramai dengan detik manis yang sentiasa ada ruang walaupun perut sudah kenyang.