Bermula dari gerai tepi jalan sehingga bergelar jutawan! Bukan calang-calang kisah kejayaan seorang wanita, anak kampung dari keluarga biasa yang berjaya mengubah hidupnya malah memberi manfaat kepada ramai insan lain. Tidak sekadar mencetuskan inspirasi tetapi wanita besi ini adalah “‘role model’’ yang harus dicontohi.
Puan Nor Shahila Ahmad, pengasas di sebalik jenama empayar produk kecantikan viral, Birdnest Beauty Solution (BBS) melalui perjalanan penuh liku untuk bergelar usahawan berjaya yang bermula dari bawah sebelum berada di tahap yang selesa pada hari ini.

Dia dibesarkan dalam keluarga sederhana dengan pendapatan bapanya sekadar seorang peneroka untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Sejak dari usia kanak-kanak, anak ketiga dari enam beradik ini telah belajar berdikari mencari wang saku sendiri dengan berniaga aiskrim dan makanan ringan kepada rakan sekelas.
Tabiat Puan Nor Shahila yang gigih mencari wang sendiri dibawa sehingga menyambung pengajian di Universiti Selangor (UNISEL). Bayangkan, kesemua yuran universiti termasuk duit belanja sepanjang pengajian ditanggung sendiri olehnya atas dasar sikap yang tidak suka menyusahkan ibu bapa.
Berniaga pisang goreng di tepi jalan dan burger pada waktu malam seorang diri
Tiada istilah malu dan letih, pada waktu pagi dia menghadiri kelas dan waktu petang membuka gerai menjual air, pisang goreng dan keropok lekor di tepi jalan seorang diri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Tidak cukup dengan itu, pada waktu malam dia membuka pula gerai burger di kawasan perumahan kongsi untuk pekerja buruh. Usaha keras ini dilakukan semata-mata untuk menampung pengajiannya dengan keuntungan bersih sekitar RM300 sehari.
Ketika ramai pelajar lain mengharapkan bantuan keluarga dan pinjaman kewangan, Puan Nor Shahlia ketika itu sudah mampu membeli motosikal dan komputer untuk kemudahannya sepanjang pengajian dengan hasil titik peluh sendiri. Paling membanggakan, apabila dia mampu memberi kereta secara tunai hanya dengan jualan pisang goreng dan burger sahaja.
Gigih berniaga di Bazar Uptown dari malam ke pagi selama 8 tahun
Setelah menamatkan pengajian, Puan Nor Shahila yang tidak memilih pekerjaan, hanya bekerja sebagai kerani dengan gaji sekitar RM600 sebulan. Namun, atas minat dan kesungguhan di dalam bidang peniagaan, dia berhenti menjadi kerani dan diterima masuk ke program Usahawan Siswazah. Di sinilah, bakat perniagaan Puan Nor Shahila yang telah dipupuk sejak dari kecil, semakin diasah menerusi proram ini.
Setelah taman latihan selama enam bulan, dengan berbekalkan latihan dan pengalaman yang ada, Puan Nor Shahila tidak menoleh ke belakang lagi apabila secara serius memilih menjadikan perniagaan sebagai kerjaya.
Titik tolaknya, apabila wanita cekal ini memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menyewa sebuah tapak di Bazar Uptown dengan bayaran RM200 sebulan. Perniagaan tersebut bertahan selama 8 tahun tetapi mendapat tentangan yang hebat dari keluarga.
Ibu tak beri restu – ‘’Kalau aku tahu kau nak berniaga, sampai darjah 6 ja aku sekolahkan!’’
Masih jelas kedengaran kata-kata ibunya yang tidak memberi restu ‘’kalau aku tahu kau nak berniaga, sampai darjah 6 je aku sekolahkan, tak perlu belajar tinggi-tinggi masuk universiti ambil ijazah semua kalau setakat nak berniaga pasar malam..’’
Tetapi dengan nekad kerja keras, Puan Nor Shahila berjanji untuk membuktikan kepada diri sendiri dan keluarga bahawa dia boleh berjaya di dalam perniagaan pada suatu hari nanti walau terpaksa melalui satu proses yang lama!
Melihat kepada kesungguhannya, ibu bapa Puan Nor Shahila akhirnya akur dan redha dengan jalan yang dipilih oleh anak mereka untuk mendaki tangga kejayaan dari bawah. Hasil keuntungan yang diperoleh, dia kemudiannya berjaya membuka sebuah kedai produk kesihatan di Kota Damasansara dengan menjual produk orang yang dibeli secara borong di sekitar Kuala Lumpur.
Dari penjual ‘upgrade’ ke pemborong
Berani mengambil risiko untuk berjaya dan sentiasa ‘upgrade’ diri untuk tidak berada di takuk yang sama. Itu yang dipegang oleh wanita cekal ini apabila dia menapak dari satu tangga ke satu tangga bermula dari bawah.
Buktinya, dari penjaja di tepi jalan, berniaga di pasar malam, membuka kedai dan akhirnya mengambil keputusan berani menjadi pemborong. Dia berjaya memiliki sebuah kedai borong di GM Klang dengan kelulusan pinjaman dari institusi TEKUN sebanyak RM100 ribu. Kesemua tahap dari bawah ini dilalui satu persatu dengan penuh sabar!
Setelah beroperasi selama 7 tahun, perniagaannya diuji dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 sehingga memaksa empayar borong miliknya ditutup pada Julai tahun lalu. Tetapi, siapa menyangka, rupanya di situ menjadi titik perubahan yang besar kepada wanita ini dalam bergelar seorang ‘founder’.
Niat nak membantu, siapa sangka rezeki jadi ‘founder’ dengan jualan gila – 3 juta sabun dalam tempoh setahun!
Rezeki datang dalam pelbagai cara. Hanya kerana terdetik untuk menolong seorang wanita yang memerlukan pertolongan bagi meminjam wang sebanyak RM15,000 untuk membantu ibu tunggal, rupanya telah membuka jalan kepada kejayaan yang dimiliki Puan Nor Shahila pada hari ini.

Dia yang tidak mengenali wanita itu pada awalnya menawarkan bantuan dengan cara memesan sabun berasakan madu dan sarang burung untuk dijual kepada orang ramai supaya mereka dapat berkongsi rezeki. Ini kerana kepakaran yang dimilki oleh wanita tersebut dalam menghasilkan sabun yang berkualiti.
Tetapi, siapa menyangka dari niat sekadar ingin membantu, sabun yang diasaskan sendiri oleh Puan Nor Shahila mendapat sambutan menggalakkan dalam pasaran. Dalam tempoh 1 tahun 6 bulan, sebanyak 3 juta sabun telah dikeluarkan dari bulan Oktober 2019 sehingga Februari 2021! Memang hebat!


Usaha kerasnya selama ini yang bermula dari bawah melayakkan Puan Nor Shahila bergelar jutawan dengan pendapatan lumayan. Walau dalam tempoh yang singkat, wanita cekal ini boleh berbangga apabila telah membantu ramai orang di luar sana untuk mengubah hidup mereka dengan cara menjadi agen dan dropship Birdnest Beauty Solution bermula dari modal serendah RM40.
Prinsipnya hanya satu, walau dengan keuntungan kecil, dia boleh berkongsi keuntungan dengan agen dan dropship selain memberi manfaat kepada semua orang untuk memilki sabun berkualiti berasaskan madu dan sarang burung yang hanya berharga RM5 sahaja! Kini, terdapat 15 produk kecantikan di bawah empayar kecantikan Birdnest Beauty Solution termasuk serum birdnest dan sakura, facemist dan sunscreen dengan harga mampu millik.
Terbaru, Birdnest Beauty Solution telah mengeluarkan set penjagaan wajah 4 dalam 1 yang dilancarkan di Selamat Pagi Malaysia pada 1 Mac lalu. Ketika pelancaran, sebanyak 3 ribu set telah terjual dengan harga RM60 untuk satu set sekaligus membuktikan kepercayaan pelanggan kepada jenama ini!

Selain itu, Birdnest Beauty Solution terus melangkah apabila turut mengeluarkan sabun berasaskan pisang pada harga sama RM5. Puan Nor Shahila melancarkan produk terbaru ini secara rasmi pada 20 Mac di Hotel Mariot Putrajaya selain meraikan master leader di bawah bimbingannya yang berjaya mencapai sasaran jualan.


8 ribu agen seluruh negara hingga tembusi pasaran antarabangsa Brunei, Singapura dan Cambodia!
Bukan calang-calang kerana Birdnest Beauty Solution kini mempunyai 8 ribu orang agen seluruh negara termasuk Sabah Sarawak Brunei dan Singapura. Malah, ianya juga bakal menembusi pasaran Cambodia tidak lama lagi dengan permintaan yang sangat memberangsangkan.
Kenapa Birdnest Beauty Solution sentiasa menjadi pilihan ramai? Antara faktor utama selain keberkesanan produk ini adalah bahan-bahan yang terdapat di dalamnya telah menjalani lab test, diakui halal, tidak mempunyai bahan terlarang dan mendapat kelulusan dari KKM. Malah, produk ini juga telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Brunei (MOH) dan terbukti selamat digunakan.

Bermula dari bawah, pencapaian anak tempatan sehingga menembusi pasaran antarabangsa ini sangat membanggakan berkat kecekalan, semangat tidak putus asa, produk yang berkualiti dibantu dengan teknik dan strategi pemasaran yang berkesan!
Pada tahun 2021, Birdnest Beauty Solution tampil menawarkan ganjaran yang lumayan iaitu sebiji Toyota Velfire bagi setiap agen dan stokis yang berjaya membuat restock produk sebanyak RM3 juta pada tahun ini.
Selain itu, Toyota Estima juga akan diberikan bagi mereka yang berjaya restock produk sebanyak RM2 juta selain ganjaran untuk stokis dan agen yang bertungkus-lumus mencapai sasaran jualan seperti Perodua Myvi, Perodua Axia, pakej umrah, barang kemas dan juga Iphone.

Semuanya dilakukan oleh Puan Nor Shahila bagi memberi perangsang kepada semua stokis dan agen di bawahnya untuk lebih bersemangat dan fokus dalam perniagaan. Dia kini boleh tersenyum lebar apabila berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya dan antaranya telah bergelar jutawan!
Menempa nama di kaca TV dan media cetak, meraih Anugerah Superwoman Nona, pencapaian anak tempatan yang sangat membanggakan!
Kejayaan wanita ini dalam membangunakan jenama produk kecantikan Birdnest Beauty Solution sangat mengujakan apabila mula mendapat tempat di kaca TV dan media cetak seperti Selamat Pagi Malaysia di RTM, TV Al-Hijrah, Borak Kopitiam di TV3, Majalah Nona dan banyak lagi.


Terus melakar kejayaan, pada Disember lalu, Birdnest Beauty Solution yang baru sahaja menapak di dalam industri kecantikan terpilih mendapat pengiktirafan daripada Nona Superwoman Award menerusi anugerah Nona Best Birdnest Skin Benefit Award bagi tahun 2020. Hebat dan membanggakan!


Puan Nor Shahila, inspirasi ramai untuk berjaya bermula dari bawah!
Puan Nor Shahila Ahmad, pengasas kepada jenama produk kecantikan viral, Birdnest Beauty Solution ini ternyata menjadi inspirasi ramai untuk terus berusaha dalam mengecapi kejayaan bermula dari bawah tanpa berputus asa. Siapa menyangka, pengalaman di kaki lima membawa kepada kejayaan wanita ini dalam membina empayar kecantikan dengan keuntungan jutaan ringgit!
Kejayaan yang dimiliki Puan Nor Shahila pada hari ini kerana berbekalkan semangat juang yang tinggi selain mendapat sokongan hebat dari suami, Mohd Sani, anak-anak dan keluarga.

Ternyata, nawaitu yang betul pada awalnya untuk berkongsi rezeki melalui perniagaan yang dibina membawa manfaat kepada orang lain kerana menjadi lubuk rezeki anak bangsa.
Layari birdnestbeautysolution.com dan ikuti Birdnest Beauty Solution di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut. Siapa tahu, Puan Nor Shahila dan Birdnest Beauty Solution menjadi platform untuk anda berjaya dalam hidup!