Bila dah namanya seorang ibu, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak, bahkan bergolok gadai segala harta sekalipun.
Sama dengan kisah seorang ibu tunggal yang dikongsikan oleh Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang ini.
Menurutnya, ibu tunggal berusia 26 tahun itu berusaha memasukkan anaknya ke sekolah tadika dengan menjual telefon pintar bagi menampung yuran namun lain pula yang terjadi.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
JUAL IPHONE DAPAT DUIT PHOTOSTAT.
Sedih seorang ibu tunggal Melayu di JB jual IPhone beliau kerana beliau nak masukkan anak ke Tadika. Seorang suspek telah beli handphone dan serah wang RM1300 pada beliau. Bila beliau balik ke rumah baru dapat tahu semua wang ada lah duit photosatat 13 keping. Duit palsu. Beliau nak masuk anak ke tadika,
Laporan polis telah di buat. Kini beliau mohon siapa siapa di Johor Baru dapat masukkan anak ke Taska Cina. Beliau sebagai seorang ibu tunggal ingin sekolahkan anak Melayu ke sekolah Cina. Beliau hanya kerja kilang. Umur 26 tahun beliau telah di ceraikan dan di tinggalkan oleh suami tanpa sebarang bayaran nafkah.
Harap ada orang JB boleh bantu beliau. No tel beliau 01161714682. TABIK BELIAU WALAUPUN BELIAU KERJA KILANG, SUSAH SUSAH BELIAU, TAPI TETAP MAU ANAK DI SEKOLAHKAN DI SJKC. ANAK BELIAU TERPAKSA DI MASUKKAN KE TASKA CINA UNTUK BELAJAR MANDARIN dan baru lah mudah dapat masuk SJKC. kalau ada orang kaya di JB tolong lah beliau. Beliau makan pun tarak, kerana sudah jual hanphone, satu satu harta dia ada , untuk dapat duit tapi malang dapat duit palsu pula.
SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA. BANTU LAH ORANG JB.
Sumber: Kuan Chee Heng