Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya bakal menguatkuasakan peraturan baharu bagi larangan merokok kepada semua remaja di bawah usia 18 tahun.
Larangan merokok tersebut akan diperluaskan kepada semua rokok eletronik termasuk vape.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, peraturan baharu yang terkandung dalam akta baharu yang digubal KKM dan KPDNHEP itu kini berada dalam semakan Jabatan Peguam Negara sebelum dikuatkuasakan.
Sumber : KKMPutrajaya