Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengesahkan bahawa laporan media yang menyatakan penunggang motosikal p-hailing menyumbang 2/3 daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal dalam tempoh sembilan bulan pelaksanaan Peirntah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas, adalah tidak tepat sama sekali.
Pengarah JSPT Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, semakan jabatan berdasarkan statistik mendapati pada tahun 2019 sebanyak 3,959 kematian direkodkan melibatkan pengguna motosikal berbanding 3,118 kematian pada tahun 2020 iaitu menurun sebanyak 21 peratus.
”Bagi kemalangan melibatkan motosikal p-hailing, pada tahun 2019 mencatatkan satu (11) kematian dan lima (5) cedera ringan berbanding tahun 2020 mencatatkan 17 kematian, 10 cedera para dan 64 cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.
Oleh itu, beliau menasihatkan kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tanpa merujuk sumber daripada JSPT kerana maklumat tersebut boleh mengeliurkan orang ramai yang mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak ketiga pada masa akan datang.


Sumber: Twitter @PDRMsia