
Dua Laras Meriam Lama Ditemukan Di Muara Sungai Dungun, Terengganu
Dua laras meriam lama telah ditemukan ketika kerja-kerja perlaksaan projek pemuliharaan muara Sungai Dungun, di Dungin, Terengganu.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu melalui satu hantaran di Facebook semalam.
Menurut JPS Negeri Terengganu, meriam lama tersebut ditemui oleh kontraktor secara tidak sengaja semasa kerja-kerja mendalamkan sungai berkenaan.
Meriam-meriam itu kemudian telah dipindahkan oleh kakitangan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dan dibawa ke Muzium Negeri, di Losong, Kuala Terengganu.
Setakat ini, pihak muzium masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan berkenaan.
BACA: Nur Farah Kartini: Penjawat Awam Ditahan Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman
BACA: Suspek Pembunuhan Bersiri Kenya Mengaku Bunuh 42 Wanita
BACA: Pembaca Berita RTM Sebak, Sampaikan Berita Kematian Rakan Sendiri, Nur Farah Kartini
Sumber:
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu via Facebook