Putrajaya, 2 Mac – Pejabat Perdana Menteri menafikan adanya sebarang pertemuan dengan pemimpin parti politik hari ini.
Dalam satu kenyataan rasmi, Perdana Menteri dilaporkan hanya bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan/agensi sahaja bagi menyelaraskan pentarbiran.
“Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: BernamaTV