Pihak Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman bermula 9 Disember ini sehinggalah 12 Disember 2021.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia, kadar pengurangan bayaran saman akan diberikan bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Orang ramai boleh hadir ke kaunter berikut pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam dan memastikan pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal.
Menerusi perkongsian daripada Majlis Keselamatan Negara WP Labuan, PDRM akan menawarkan pengurangan saman bayaran saman sebanyak 70%. Bagaimanapun, untuk saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pengurangan akan ditawarkan sehingga 80% manakala selain daripada itu ditawarkan sehingga 70%.
Tambah perkongsian itu, tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat. Pun begitu, terdapat juga pengecualian saman yang tidak dapat menikmati diskaun seperti yang disenaraikan di dalam infografik di bawah:
Kredit: Majlis Keselamatan Negara WP LabuanSumber : Ministry of Transport Malaysia