Hingga kini terlalu kerap berlaku kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa manusia. Untuk pengatahuan, kemalangan jalan bukan sahaja melibatkan pemandu kenderaan laju sahaja, ia juga boleh berlaku kepada mereka yang memandu secara perlahan juga.
Di twitter, JPJ Malaysia berkongsikan tips untuk pemandu perlahan agar tidak berlaku sebarang kemalangan pada mereka kelak. Antara tipsnya adalah jika anda memandu terlalu perlahan dan anda mendapati ada kenderaan lain sedang mengekori, anda mestilah bertukar ke lorong kiri dengan segera.
Anda juga boleh memberhentikan kereta ke kiri dengan selamat dan memberikan laluan kepada kenderaan yang berada di belakang untuk memotong. Yang terkakhir anda jangan memandu terlalu laju di jalan yang lurus hingga menghalang kenderaan lain untuk memotong.
Sumber- Twitter JPJ Malaysia