JPJ ‘Ajar’ Orang Awam 12 Langkah Memotong Kenderaan Di Jalan Raya Dengan Selamat

Edayu

Pernah tak alami bila mana korang terpaksa memetong kenderaan di hadapan kerana mereka memandu terlalu perlahan atau secara berbahaya? Ya, mesti pernah kan. Kita juga perlu memotong jika sesebuah kenderaan ingin menukar laluan.

Tetapi, jika cara memotong salah atau secara dalam bahaya, mungkin kita akan jadi penyebab kemalangan berlaku. Korang tahu tak, memotong kenderaan di laluan kiri adalah salah. Mungkin juga akan berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Jadi, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berbesar hati berkongsi 12 langkah memotong cara selamat yang perlu korang ikut untuk memastikan cara anda adalah betul atau sebaliknya.

Sebelum anda memotong, terdapat tiga perkara penting untuk korang ambil tahu;

  1. Mengetahui kelajuan dan keupayaan kenderaan anda

  2. Boleh menilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan juga trafik yang datang dari arah bertentangan.

  3. Sentiasa memotong di sebelah kanan.

Lihat gambar rajah dibawah untuk anda fahami 12 langkah memotong dengan cara yang selamat.

Ingatlah bahawa jika anda teragak-agak untuk memotong, jangan lalukakan, tunggu sehingga anda benar-benar yakin untuk memotong.

Sumber: JPJ