Johari abdul ghani Menteri Sumber Asli
Gambar: BERNAMA

Johari Abdul Ghani Jalankan Tugas, Fungsi Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Iqbal Yasir

Johari Abdul Ghani Jalankan Tugas, Fungsi Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

PUTRAJAYA — Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu, 9 Julai 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Perladangan dan KomoditI menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid06CMn35cvarYi8Ze2nSJgzmuG7uZuDtN2Ma2ZYdxv7oZfr1bfwKqyxMst8vQVxC5Jl&id=61563840276819&rdid=sOVohcMKWOVty6Dd#

Terdahulu, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berkuatkuasa pada 4 Julai 2025.

Menurut kenyataan media, beliau akan mula bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025.

“Sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri, pertama sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Disember 2022 hingga Disember 2023) dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023 hingga Julai 2025), saya telah berusaha sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri dan para penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan,” katanya.

Sumber: Facebook Shamsul Azri bin Abu Bakar

BACA: Ramai Tunggu, Minah Saleh Kongsi Harga Barang Runcit Malaysia Di Ireland

BACA: Remaja Miliki Nama Hanya Satu Huruf Curi Perhatian Ramai