Seorang pemuda rebah akibat kegagalan paru-paru ketika berjogging sejauh kira-kira 4 kilometer dengan memakai topeng muka.
Hasil diagnosis mendapati Zhang Ping, 26, mengalami pneumothoraks akibat kebocoran pada paru-paru kiri yang telah mengecut sebanyak 90 peratus, lapor Mirror UK.
Menurut doktor, keadaan menimpa pemuda itu berpunca daripada tekanan ke atas peparu disebabkan pernafasan yang kuat ketika bersukan menggunakan penutup muka.
Zhang dibawa ke Hospital Pusat Wuhan pada 7 Mei untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada melampau.
Zhang memberitahu bahawa dia hanya mula berjoging kira-kira dua minggu lalu setelah kerajaan China menamatkan perintah berkurung akibat wabak itu.
Pneumothorax merupakan keadaan di mana udara terbentuk di dalam rongga paru-paru. Ia boleh berlaku akibat penyakit peparu kronik atau ketika prosedur perubatan seperti mengeluarkan cecair peparu.
Boleh terjadi secara spontan tanpa kecederaan, ia boleh menyerang individu yang tidak mempunyai penyakit peparu.
Pneumothoraks spontan kebiasaannya berlaku pada lelaki tinggi dan kurus, berusia 20 hingga 40 tahun serta merupakan seorang perokok atau individu yang mempunyai sejarah keluarga.
Sumber: Mirror UK, My Health KKM