Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Willayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memuatnaik maklumat dua orang kanak-kanak yang terpisah dengan ibu kandung sejak kecil.
Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia lapan dan 10 tahun dipercayai telah diabaikan ibu kandung sejak bayi.
Berikut merupakan maklumat kanak-kanak berkenaan.
Kanak-kanak pertama
Mencari waris:
Nama kanak-kanak: Mohammad Amin bin Abdullah
No sijil lahir: 067934 XA
Tarikh lahir/Umur: 25.06.2012/7 tahun
Alamat: 2-6-1 Pangsapuri Suci, Jalan Sri Jati, 58200 Kuala Lumpur
Pelindung: Raja Norul Fazzilla binti Raja Halim

Pengadu memaklumkan beliau telah memelihara kanak-kanak semenjak kanak-kanak dilahirkan pada 25.06.2012.
Bapa biologi kanak-kanak telah menyerahkan kanak-kanak kepada pengadu selepas ibu kandung kanak-kanak melarikan diri daripada hospital selepas melahirkan kanak-kanak.
Ibu kandung gagal dikesan dan sehingga kini tidak dapat dihubungi. Pengadu telah membuat laporan polis berkenaan pengambilan kanak-kanak ke dalam jagaan pada 28.01.2019 di Balai Polis Dang Wangi (No. Report: Dang Wangi/002612/19).
Kanak-kanak merupakan seorang yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selaras Seksyen 17(1)(e)(i) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sehubungan itu, mana-mana waris atau individu yang mempunyai maklumat ibu kandung diminta menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Raja Norul Fazzilla Binti Raja Halim di talian 03-2612 4000.
Hal ini bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Kanak-kanak kedua
Mencari waris:
Nama kanak-kanak: Reena Sri
No Sijil Lahir: Tiada sijil lahir
Tarikh Lahir/Umur: 01.10.2009/10 tahun
Alamat: E-3-04 PPR Kg Baru, Air Panas Off, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53200 Kuala Lumpur.
Pelindung: Raja Norul Fazzilla binti Raja Halim

Pihak jabatan ini telah menerima rujukan kes kanak-kanak daripada pengadu iaitu pengasuh kanak-kanak memaklumkan berkenaan pengabaian seorang kanak-kanak perempuan oleh ibu kandung.
Pengadu memaklumkan pada 05.02.2010 beliau telah didatangi oleh seorang perempuan berketurunan India telah menyerahkan kanak-kanak ketika itu anggaran berusia 4 bulan kepada pengadu untuk diasuh.
Setelah 3 bulan di dalam jagaan pengasuh ibu kandung telah meninggalkan kanak-kanak dan sehingga kini tidak dapat dikesan mahupun dihubungi.
Pengasuh memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat pengesahan kelahiran kanak-kanak. Pengasuh juga tidak mempunyai maklumat pengenalan diri ibu kandung.
Kanak-kanak kini berusia 10 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Laporan polis berhubung pengambilan kanak-kanak di dalam penjagaan penjaga telah dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada 04.01.201610 (No. Report: Wangsa Maju/000133/16).
Kanak-kanak merupakan seorang yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selaras Seksyen 17(1)(d)Akta Kanak-Kanak 2001. Kes kanak-kanak telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur pada 08.01.2020.
Sehubungan itu, mana-mana waris atau individu yang mempunyai maklumat ibu kandung diminta menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Raja Norul Fazzilla Binti Raja Halim di talian 03-2612 4000.
Hal ini bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Sumber: JKM WPKL