Perabot terpakai yang rosak atau tidak digunakan lagi sebenarnya masih ada nilai jika kita pandai menguruskannya. Ini kerana dekorasi dalaman rumah bukan bergantung kepada kemewahan perabot mahal semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada kreativiti pemilik rumah yang bijak menyusun mengikut cita rasa dan hiasan terkini.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna facebook, Afiq Naqiuddin melalui kirimannya di dalam Kelab Deko Sebelum & Selepas menunjukkan sebuah perabot lama milik jirannya telah diubah suai seperti kelihatan baru dengan modal pembaikian yang rendah.
Berikut adalah perkongsiannya,
Jiran nak buang. Ambik repair balik.

Percubaan pertama.
.
Sebab ramai yang komen tanya, saya update details ya,
.
Cat undercoat = RM15 (dah lupa harga)
Cat Jotun Essence High-Gloss = RM35 (dah lupa harga)
Drawer runner: Shopee 4 set x RM3.90 = RM15.60
Drawer handle: Shopee 8 pcs x RM1.79 = RM14.32
Kunci: Spray balik yang asal dengan colour hitam
Total Kos = lebih kurang RM80

Drawer runner dan handle boleh search dekat shopee ada banyak pilihan.
Untuk memudahkan anda, kami sertakan juga pautan untuk mendapatkan barangan seperti Drawer Runner di SINI.
Sumber : Afiq Naqiuddin