“Jimat Habis Macam Ni”, Lelaki Kongsi Cara Jimat Tenaga Masa Kat Rumah Time PKP Ni

Nor Fakhry

Sedar tak sedar, dah makin lama kita semua rakyat Malaysia ni duduk kat rumah. Kerja dari rumah, belajar dari rumah, mengajar dari rumah. Senang cerita semua la dari rumah. Kalau tak betul-betul jaga, penggunaan elektrik boleh meningkat ni sebab pakai banyak peralatan elektrik.

Sebenarnya ada je cara nak jimat. Sama macam perkongsian sorang lelaki ni kat laman sosial Facebook dia. Buat masa PKP ni, memang dia, isteri dan anak-anak semua guna alat elektrik kat rumah tapi diorang ada tips untuk jimatkan penggunaan tenaga. Cara yang diorang guna ni bukan je dapat jimatkan tenaga, tapi dapat juga luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Bak kata pepatah Melayu, “sambil menyelam, minum air”.

Senang je caranya! Ikuti kisah lelaki ini di bawah dan cara yang dia gunakan untuk berjimat-cermat. Idea-idea yang dia dapat ni pon semuanya lepas baca saranan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

1) Kurang Screen Time, Lebih Family Time

2) Masak Sama-Sama

3) Buat Kerja Online Dekat Satu Tempat

4) Exercise Bersama Family

Untuk pengetahuan korang semua, tip-tip ni semua pon sebenarnya sangat digalakkan oleh TNB sebab semuanya dapat membantu untuk menggalakkan korang berjimat-cermat dalam pengunaan elektrik di rumah. Bila guna cara ni, setiap rakyat Malaysia dapat hidup dengan lebih bijak menggunakan cara yang cekap tenaga di rumah dan di tempat kerja. Dapat juga la jimat penggunaan tenaga elektrik untuk diri korang sendiri dan keluarga tersayang ya. Kalau korang nak dapatkan lagi tip-tip jimat tenaga, apa kata korang visit website myTNB. Ingat ye gais, hidup bijak, kuasa di tangan anda!