Pada masa kini, penggunaan kereta sangatlah penting untuk bergerak ke sana sini. Tanpa kereta, sukar untuk seseorang mengurus banyak perkara. Kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk membeli kereta secara ansuran kerana tidak berkemampuan untuk membayar secara tunai sepenuhnya.
Namun begitu, pernahkah anda terfikir sekiranya si suami meninggal, adakah isterinya yang masih hidup perlu meneruskan pembayaran hutang baki kereta jika suaminya membuat pembelian kereta secara ansuran?
Seorang pengguna Tiktok yang bernama @azril_zainal telah membuat satu video bagi menjawab soalan ini. Azril telah menjawab soalan tersebut dengan jelas dan tepat. Menurut azril, terdapat dua pilihan yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pilihan yang pertama adalah si isteri perlu membuat pilihan untuk memiliki kereta tersebut atau tidak. Sekiranya si isteri mahu terus memiliki kereta si suami, dia perlu meneruskan pembayaran baki hutang kereta suaminya tersebut. Jika tidak, maka si isteri perlu membiarkan pihak bank tarik semula kereta tersebut.
Namun begitu, Azril juga memberikan pilihan yang lebih baik kepada semua orang untuk difikir-fikirkan sebelum membeli kereta. Menurut Azril, si isteri akan dapat menggunakan kereta tanpa perlu membayar baki hutang sekiranya si suami menandatangani insurans yang dinamakan sebagai insuran Hp Life ataupun Auto Life.
Azril juga menegaskan agar pengguna kereta semua perlulah mengambil insuran AutoLife atau HP Life tersebut untuk kebaikan pada masa hadapan.
Sumber: Tiktok Azril Zainal Khiri