Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walau di mana ceruk sekalipun.
Bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan turun membantu.
Menerusi perkongsian terbaharu, kali ini Ebit Lew tampil menawarkan hadiah kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kerusi roda.
Jika habis, kami akan tambah lagi

Posting tersebut yang tular seperti kebiasaannya, mendapat maklum balas positif daripada warganet apabila memperoleh lebih dari seratus ribu tanda suka, tidak sampai satu jam dimuat naik.
Ribuan warganet yang membanjiri ruangan komen memuji usaha murni Ustaz yang tidak pernah berhenti dalam memberi manfaat kepada orang lain.
Kami doakan semoga Ustaz terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Amin.
Sumber: Ebit Lew