Di kala pandemik, kita semua meraikan Aidiladha dalam keadaan serba sederhana. Ramai yang terpaksa berkorban rindu mengenangkan keluarga dan ibu bapa yang jauh di mata dek kerana virus halus bernama Corona ini.
Malah, kehidupan umat manusia di serata dunia berubah 360 darjah selepas COVID-19 menjangkiti ratusan juta orang sepertimana wabak-wabak yang pernah menjangkiti dunia suatu ketika dahulu.
Situasi ini pastinya membuatkan ramai antara kita terduduk dan bermuhasabah memikirkan, “Bilakah segalanya akan berakhir?”
Terbaru, khutbah Aidiladha dikongsikan Jabatan Agama Islam Perak telah membuatkan ramai jemaah menitiskan air mata apabila khatib menyentuh mengenai situasi semasa pandemik.
Dalam khutbah itu, khatib juga telah menyelitkan doa agar Allah mengangkat virus ini daripada muka bumi agar kehidupan kembali seperti biasa.
Berikut adalah bahagian teks khutbah Aidiladha Negeri Perak yang membuatkan para pendengarnya mengalirkan air mata sebentar tadi.
Sumber: Jabatan Agama Islam Perak