Baru-baru ini, kerajaan Jepun mengumumkan visa pelawat baharu yang membenarkan warga asing untuk membawa pasangan, rakan, keluarga atau orang penting ke negara itu, lapor Japan Moments.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pelancaran visa itu membolehkan mereka yang memasuki negara itu tinggal selama 90 hari bermula Jun 2022 ini.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan visa pelawat sementara itu, mereka perlu mengemukakan dokumen termasuk surat jemputan dan gambar bukti yang membuktikan hubungan.
Menurut Japan Moments, visa pelawat itu boleh digunakan untuk hal ehwal perniagaan jangka pendek, menziarahi saudara atau kenalan termasuk pasangan dan saudara yang mempunyai pertalian darah.
Selain itu, visa itu juga boleh digunakan untuk aktiviti pelancongan. Namun, kerajaan tidak membenarkan sebarang operasi perniagaan dijalankan selama tempoh itu.
Gambar: Japan MomentsLangkah-langkah untuk memohon visa pelawat
Dalam laporan itu, penjamin (warga asing yang berada di Jepun) perlu menyediakan dokumen yang disenaraikan sebelum memohon visa untuk membawa pasangan atau rakan mereka ke Jepun.
Setelah itu, penjamin hanya perlu menghantar kepada pemohon visa (pasangan atau rakan) dan bukan kepada Kementerian Luar Negeri Jepun serta Kedutaan Jepun.
Kemudian pemohon visa juga perlu membuat salinan untuk diberikan kepada Kedutaan Jepun dan penjamin untuk disimpan.
Pemohon visa perlu menyediakan beberapa maklumat dalam dokumen seperti sijil kelahiran; salinan kad pengenalan (ID); salinan lesen memandu dan maklumat sokongan seperti sijil tempat tinggal; sijil nikah dan curriculum vitae (maklumat kerjaya).
Unutk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut boleh klik disini, https://www.mofa.go.jp/files/000121327.pdf?fbclid=IwAR2CoZ1-zMPdoV6l2qjYBXgOTliNC7Z4Y6bV6L0WJ42gfdFgBhz2lx__ShA
Sumber: Facebook Japan Moments