시부야의 명소 스크램블 교차로 '한산' (교도 도쿄=연합뉴스) 일본 도쿄도(東京都)가 주말 외출 자제를 요청한 첫날인 28일 도쿄 시부야(澁谷)의 명소 스크램블 교차로에인적이 없어 한산한 모습이다. 2020.03.28 [email protected]/2020-03-28 17:15:08/
Tiada Kategori

Jepun Dijangka Isytihar Darurat Esok Bendung Covid-19

Aina

Jepun dijangka bakal mengisytiharkan darurat esok (Selasa) sebagai langkah menghentikan coronavirus serta mengumumkan pakej ransangan untuk meringankan beban rakyat susulan dengan masalah ekonomi yang dihadapi.

Difahamkan, pengisytiharan ini tidak akan melibatkan perintah berkurung seperti di beberapa negara lain. Ia dikatakan lebih kepada penguatkuasaan langkah-langkah ketat supaya rakyat tidak keluar dari rumah dan arahan penutupan premis perniagaan pada zon yang terjejas teruk.

Perlaksanaan itu turut dikatakan tiada denda dikenakan, ini kerana Jepun menyaksikan kadar pematuhan arahan tinggi dalam situasi darurat.

Setakat ini, lebih daripada 3,500 orang telah diuji positif coronavirus di Jepun dan 85 telah meninggal dunia. Menurut laporan, angka ini terus meningkat sehingga tersebar di Tokyo dengan lebih daripada 1,000 kes.

Sumber:

Nationalpost