Jepun
Gambar via Nikkei Asia

Jepun Akan Benarkan Kemasukan Pelancong Tanpa Visa 11 Oktober Ini

Faiz Mustafa

Jepun Akan Benarkan Kemasukan Pelancong Tanpa Visa 11 Oktober Ini

Jepun akan menyambung semula kemasukan tanpa visa kepada pengembara individu pada 11 Oktober, umum Perdana Menteri Fumio Kishida pada Khamis di New York.

Buat pertama kalinya dalam tempoh kira-kira dua setengah tahun, Jepun akan melonggarkan peraturan sempadan, lapor Nikkei Asia.

“Kami akan menghapuskan had bilangan pelancong yang akan masuk ke negara ini dan akan terus membenarkan pengembara solo dan perjalanan tanpa visa,” jelasnya, lapor akhbar berita NIKKEI Asia.

Difahamkan, buat masa ini Jepun hanya membenarkan pelancongan dengan pakej dan mewajibkan visa kepada semua pelancong untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Kemasukan pelancong juga telah dihadkan kepada 5,000 orang sehari.

Hal tersebut telah membuatkan ekonomi negara matahari terbit itu bergerak perlahan disebabkan banyak sektor ekonomi yang telah dibuka sepenuhnya kepada pelancong.

Bermula 11 Oktober kelak, pelancong jangka pendek tidak lagi perlu memohon visa pelancong. Sebelum berlakunya pandemik, Jepun telah membenarkan perjalanan jangka pendek yang tidak memerlukan visa kepada pelancong di beberapa buah negara termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, dan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, para pelancong juga tidak perlu menempah lawatan melalui agensi pelancongan kerana percaya ia lebih memudahkan pergerakan pelancong dalam masa yang singkat.

Kerajaan Jepun berharap dengan kemasukan pelancong di negara itu akan meningkatkan lagi ekonomi mereka disamping nilai kejatuhan mata wang.

Menurut kenyataan NIKKEI Asia, nilai mata wang Jepun telah jatuh pada paras terendah sejak 24 tahun lalu menjadikan 145 setiap satu dolar.

Pada satu ketika, Jepun adalah salah satu destinasi menarik untuk para pelancong kunjungi.

Sebelum ini, Jepun telah merekodkan 31.8 jta pelawat pada tahun 2019 menjadikan ia salah satu destinasi paling terkenal di Asia.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

Sumber: NIKKEI Asia