Menjelang hari bahagia sudah pasti pengantin akan semakin berdebar untuk menanti hari tersebut. Pelbagai keunikan yang ingin ditunjukkan oleh pengantin bagi mencipta memori mereka, malah ada yang tak sabar-sabar ingin memakai pakaian hari bersejarah mereka.
Namun hal ini berbeza dengan apa yang dialami oleh bakal pengantin dari negara seberang ini. Kisah sedih ini mula tular di laman Twitter apabila pengantin perempuan itu dikatakan bernasib malang pada hari pernikahannya.
Hal ini demikian kerana, pernikahan yang diimpikannya itu telah dibatalkan kerana bakal suaminya itu didakwa bertindak melarikan diri. Menerusi perkongsian di akaun Twitter seorang jurumekap, dapat dilihat pengantin itu begitu terkejut dan pengsan setelah mengetahui dirinya telah ditipu.
Segala urusan perkahwinan sudah diserahkan kepada bakal suaminya itu untuk diuruskan. Begitu juga dengan urusan majlis seperti dewan perkahwinan dan katering. Tetapi yang menyedihkan apabila lelaki itu bertindak melarikan diri dan tidak menguruskan langsung urusan perkahwinan itu.
Tambahan pula, wedding organiser (WO) yang dikatakan menguruskan perkahwinan itu turut tidak dapat dihubungi. Kisah sedih ini mula diceritakan oleh Make-Up Artist (MUA) yang sepatutnya make-up bakal pengantin itu.
MUA itu sekali lagi menjelaskan kronologi kejadian menyedihkan itu. Menurut MUA itu, pengantin itu ditipu oleh calon suami mengenai keperluan perkahwinan berkenaan. Apabila berhubung dengan pihak venue, ternyata tidak ada sebarang perjanjian untuk menyewa venue tersebut untuk tujuan majlis perkahwinan.
Turut dilaporkan bahawa wang sudah diberikan untuk menyewa bangunan tersebut. Bukan itu sahaja, jemputan juga sudah diedarkan. Kejadian menyedihkan itu betul-betul membuatkan pengantin perempuan terkejut dan pengsan.
Kejadian itu turut mendapat perhatian para warganet.
Sumber: SuaraBali.id