Sekumpulan jemaah Muslim meninggalkan perkarangan Masjid di timur London semata-mata untuk menyelamatkan ratusan nyawa yang sedang lena di buai mimpi. Para jemaah sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mengejutkan mangsa-mangsa dalam bangun yang terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi waktu tempatan.
Menurut saksi, insiden kebakaran itu mula disedari pada jam 2.40 pagi oleh anggota jemaah Masjid Madina, berhampiran Lea Bridge, di Hackney. Oleh itu, tanpa perasaan ragu-ragu, mereka yang berada di dalam masjid lantas berlari menuju ke arah bangunan yang terbakar.
Kebakaran mula dilihat di tingkat lapan Cooch House ( Gambar : Press TV)Mereka memasuki bangunan dan mula mengetuk semua pintu bilik dan membunyikan penggera untuk membangunkan semua orang yang berada di dalamnya. Lebih berani apabila jemaah tadi pergi ke semua tingkat untuk mengejutkan mangsa dimulai dari tingkat paling atas iaitu tinggat ke-16.
Seorang penduduk tempatan berkata,
Menurut penduduk, mereka selalu nampak jemaah itu pulak dari masjid setiap pagi. Namun kerana ini adalah bulan Ramadhan, bilangan jemaah itu lebih ramai dari sebelumnya. Walaupun sedang berpuasa, jemaah itu berlari turun naik tangga untuk mengejutkan mangsa dalam bangunan terbabit.
Tindakan berani mereka itu harus dipuji. Bahkan ketika 25 orang bomba tiba di tempat kejadian, kesemua orang dalam bangunan telah berjaya dikeluarkan. Pengerusi Masjid Madina Mohammed Sidat berkata beliau sangat bangga dengan tindakan berkenaan yang menunjukkan sisi baik masyarakat Islam.
Gambar : Wtx NewsLebih mengharukan adalah apabila penduduk bangunan tadi telah menulis sekeping surat ‘terima kasih’ atas tindakan berani jemaah tersebut. Kebakaran itu dikatakan perpunca daripada putung rokok yang tidak dibuang (dipadamkan).
Sumber : WTX News