SEPANG, 21 Okt – Pasaraya Jaya Grocer cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini mengesahkan dua pengawal keselamatannya diuji positif COVID-19.
Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan memaklumkan, pasaraya berkenaan ditutup mulai semalam sehingga satu notis baharu dikeluarkan kelak dan semua staf menjalani saringan swab.
“(Bagaimanapun) semua pengawal keselamatan (outsourced) kami di cawangan lain didapati negatif COVID-19.
“Kami akan menggantikan semua pengawal (outsourced) dengan staf tempatan kami buat sementara waktu,” kata kenyataan tersebut semalam.
Sehubungan itu, kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dijalankan di pasaraya tersebut seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber: Jaya Grocer