Jaya Grocer dalam satu perkongsian di laman facebooknya memaklumkan beberapa orang stafnya disahkan positif COVID-19 hari ini.
Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak menyebut secara tepat jumlah staf yang terlibat.
Pasaraya berkenaan turut menjelaskan bahawa staf-staf berkenaan kali terakhir datang bekerja pada 27 Januari lepas.
Sehubungan itu, cawangan berkenaan telahpun ditutup bermula 7 petang tadi sehingga dimaklumkan kemudian.

Sumber: Jaya Grocer