Surau & Masjid Anjur Solat Hajat
Gambar: Bernama

JAWI Saran Surau & Masjid Anjur Solat Hajat Untuk Kesejahteraan Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

JAWI Saran Surau & Masjid Anjur Solat Hajat Untuk Kesejahteraan Malaysia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan untuk menganjurkan solat Hajat nagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk Malaysia susulan musibah banjir yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Menurut satu kenyataan, JAWI menyarankan agar masjid-masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat selepas solat Maghrib pada 22 Disember ini dan selepas solat Jumaat pada 23 Disember ini.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Solat Hajat itu dibuat bertujuan untuk memohon perlindungan Allah SWT dan keselamatan agar negara Malaysia selamat daripada sebarang musibah.

Selain itu, masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan juga telah digerakkan untuk mengadakan Kutipan Jumaat serta menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian.

Kutipan Jumaat itu dibuat menerusi Skuad Musaadah agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk disampaikan kepada golongan yang terkesan disebabkan musibah.

Kredit JAWI

“Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kemudahan kepada semua pasukan penyelamat serta ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” kata Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail selaku Pengarah JAWI.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan