Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Muhammad Adib ditubuhkan bagi menyiasat secara teliti berkaitan kematian anggota bomba, Muhammad Adib bin Kassim. Pertubuhan ini telah dianggotai oleh pakar undang-undang, patologi forensik dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dapatan dan syor yang diberikan oleh pertubuhan ini akan dikemukakan kepada mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan.
Berikut merupakan sepuluh anggota Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Muhammad Adib iaitu:
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang)- Pengerusi
Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara
Datuk Kamardin Hashim, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan
Datuk Dr Bhupinder Singh, Perunding Kanan Patologi Forensik Penang Medical College
Prof Datuk Dr Looi Lai Meng, Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya
Datuk Dr P. Sundramoorthy, Pakar Kriminologi,
SAC Azari Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah (D10), Forensik PDRM
SAC Mohammad Abd Hamid, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan & Pendakwaan PDRM
Urusetia:
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan

Sumber: Twitter Bernama