Pada bulan April yang lalu, satu kejohanan untuk menguji kemahiran yang ada pada pasukan khas dunia telah diadakan di Pusat Latihan Operasi Khas Raja Abdullah II, Jordan, bermula dari 14 April sehingga 20 April.
Annual Warrior Competition(AWC) ini merupakan acara tahunan dan kejohanan tahun ini adalah edisi yang ke-11. Ia telah disertai oleh 37 pasukan dari 24 buah negara di seluruh dunia dan salah satu negara yang menyertainya adalah negara jiran kita, Brunei Darussalam.
Kemuncak bagi kejohanan itu adalah kejohanan tersebut adaah satu acara yang digelar King’s Challenge. Hanya 15 pasukan teratas dari AWC sahaja yang layak dan dibenarkan untuk menyertainya.
Foto: MinDef BruneiApa yang membanggakan, pasukan Rejimen Pasukan Khas(RPK) dan RPK 2 dari Brunei masing-masing telah berjaya muncul sebagai juara dan pemenang tempat ketiga dalam cabaran berkenaan.
Pertandingan ini telah diadakan selama lima hari dan kesemua pasukan bertanding perlu mengharungi lapan acara berasingan bagi menguji tahap kemahiran anggota dari segi menembak, keupayaan fizikal serta ketahanan diri dalam pelbagai situasi.
Pasukan RPK Brunei yang diwakili oleh dua orang pegawai serta 12 anggota tentera dari unit ABDB telah berjaya mengharungi kesemua cabaran berkenaan dengan sangat baik.
Kejayaan itu seterusnya membolehkan mereka merangkul juara keseluruhan selepas memenangi tempat pertama dan ketiga.
Unit pasukan khas Brunei itu juga adalah merupakan satu-satunya pasukan dari benua Asia Pasifik yang menyertai kejohanan tersebut. Antara negara lain yang turut ikut serta ialah Qatar, Poland, Sri Lanka dan India.
Selain menjadi platform untuk menonjolkan kemahiran pasukan masing-masing, kejohanan ini juga digunakan sebagai medium untuk mengekalkan hubungan baik antara negara serta meningkatkan keupayaan dan kefahaman dalam operasi khas serta menumpaskan pengganas atau Counter Terrorism.
Sumber: BruDirect