Manusia Pertama Hidap Alergi Sayur
Gambar via Daily Mail

Jatuh Sakit Tiap Kali Makan Sayur, Lelaki Disahkan Manusia Pertama Hidap Alergi Sayur

Faiz Mustafa

Jatuh Sakit Tiap Kali Makan Sayur, Lelaki Disahkan Manusia Pertama Hidap Alergi Sayur

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) disahkan mengalami alahan atau alergi terhadap sayur-sayuran sekaligus menjadikannya manusia pertama yang mengalami situasi tersebut.

Memetik Daily Mail, lelaki yang berusia 36 tahun itu telah mengalami ruam merah, gatal dan kesakitan serius setiap kali dia makan sayur-sayuran seperti tomato dan terung.

Dalam pada itu, gejala alergi tersebut menjadi semakin kronik dalam jangka masa lima jam selepas dia makan sayur dan berulang secara berselang tiga hingga enam minggu kemudian. Malah, pernah juga ia berlarutan sehingga dua minggu berturut-turut.

Difahamkan juga, lelaki itu telah menderita dengan penyakit alergi tersebut selama 17 tahun sebelum disahkan oleh pakar. Disebabkan itu, dia telah diberikan pelan pemakanan oleh pakar kesihatan untuk mengekang masalah berkenaan.

Menurut doktor, pesakit itu merupakan manusia pertama yang dilaporkan secara konsisten mengalami reaksi alahan yang teruk dalam fasa berbeza setiap kali selepas makan makanan tertentu.

Bukan sahaja sayur-sayuran, hidangan seperti piza, makanan laut, keju, wain dan bebebrapa jenis daging juga akan menyebabkan lelaki ini mengalami alahan yang teruk.

Gejala ini akan bermula dengan loya diikuti rasa letih yang melampau, demam, kurang selera makan dan kadangkala akan muntah. Kemudian, kulit akan mula timbul ruam-ruam mereka dari bahagian leher, dada, lengan dan peha.

Disamping itu, gejala lain seperti kekejangan perut, sakit tekak dan cirit-birit juga mungkin akan dihadapi olehnya.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Daily Mail

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup