Jatuh Gunung Dari Ketinggian 1,000 Kaki, Pendaki Solo Terkenal Dunia Maut

Sha Rossa

Pendaki solo terkenal dunia, maut setelah terjatuh dari ketinggian 1,000 kaki sewaktu melakukan pendakian di Mexico pada Rabu lalu.

Brad Gobright, pada ketika itu sedang menuruni puncak El Potero Chico, berdekatan bandar Monterrey, bersama seorang lagi rakan pendaki, Aidan Jacobson.

Sewaktu kejadian, dia sedang menuruni gunung bersama-sama rakannya itu dengan menggunakan tali sebelum terjatuh ke atas permukaan batu.

Gambar : Instagram bradgobright

Jacobson yang jatuh pada jarak dekat, mengalami kecederaan pada pergelangan kaki manakala Gobright meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, Gobright, 31, terkenal sebagai salah seorang pendaki solo paling berjaya di dunia.

Gambar : Instagram bradgobright

Dia sebelum ini pernah memecahkan rekod pendakian pantas untuk El Capitan Yosemite, setinggi 3,000 kaki dengan melakukan pendakian dalam tempoh dua jam, 19 minit dan 44 saat.

Rekod itu kemudiannya telah dipecahkan oleh Alex Honnold dan Tommy Caldwell pada 2018.

Sumber : Independent