Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan membeli ubat-ubatan yang diiklankan di aplikasi jual beli dalam talian yang kononnya berkesan untuk merawat jangkitan Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, setakat ini tiada lagi mana-mana ubat yang disahkan berkesan serta mampu merawat individu daripada jangkitan COVID-19.
Katanya, sekiranya wujud ubat yang mampu menyembuhkan Covid-19 ini, sudah tentu individu itu telah menjadi seorang jutawan.
”Setakat ini, masih tiada ubat berkesan untuk rawat penyakit ini dan kalau mereka ada ubat sembuhkan (COVID-19) sudah tentu individu ini telah kaya raya kerana satu dunia mencari ubat ini,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19, seperti memtik laporan Bernama TV.
Sumber: Bernama TV