Kes sindiket penipuan kini semakin berleluasa sehingga ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan sehingga hilang ribuan ringgit di bank akaun mereka. Kebiasaannya, scammer ini pandai memanipulasikan pesanan mesej agar kelihatan seolah-olah kita dalam bahaya.
Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook mereka telah memberi peringatan kepada semua agar berwaspada dengan penipuan SMS.
Berdasarkan infografik yang bersumberkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), PDRM telah berkongsikan empat tips untuk mengenali penipuan SMS.
Antaranya adalah melalui:
Nombor/digit tidak dikenali atau mencurigakan
Pembayaran/transaksi bank – jangan klik pautan yang mencurigakan
Ugutan – dengan menyatakan transaksi akaun bank yang mencurigakan
Meminta maklumat peribadi
Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)