Siapa je yang tak minat dengan bayi? Kecomelan, bau yang wangi dan keletah nakalnya sudah tentu membuatkan kita ‘cair’, kan?
Lagi-lagi kalau pergi melawat bayi di rumah orang. Mesti tangan ni ‘laju’ je nak capai bayi tu untuk peluk, dukung, gomol dan sebagainya.
Tapi tahukah anda, sebagai ‘orang luar’, sebenarnya banyak perkara yang kita dilarang buat kalau bertandang ke rumah orang melawat bayi mereka.
Percaya atau tidak, bayi amat mudah terdedah dengan risiko jangkitan, lebih-lebih lagi secara sentuhan.
Perkara ini telah dijelaskan oleh pengamal perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol menerusi satu bebenang di Twitter baru-baru ini.
Mari ikuti perkongsiannya ini.
Menurut Dr. Redza, perkara-perkara di bawah ini penting sebagai panduan untuk kita semua agar tidak mendatangkan sebarang masalah kelak.
Mungkin terlalu awal untuk kita bergurau senda dengan anak kecil itu. Sabarlah ya, tunggu dia besar sikit.
Ini salah satu perbuatan yang ramai antara kita terbuat secara tidak sedar.
Faham, barangkali terbit rasa kasih untuk menyentuh dan membelai, apatah lagi menciumnya.
Namun perlu ingat, kekotoran yang ada pada badan kita boleh ‘terkena’ pada si kecil itu melalui sentuhan.
Seperkara lagi, ianya tentang adab. Mohonlah izin daripada ibu ayahnya terlebih dahulu jika mahu menyentuh anak mereka.
Pada kita, mungkin dianggap sekadar menegur. Namun boleh jadi ada ibu bapa yang sensitif dengan teguran tersebut hingga berasakan fizikal anak mereka ‘tidak sempurna’.
Sebagai orang yang sudah lama ‘makan garam’, mungkin kita rasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi pelbagai tips keibubapaan terhadap pasangan suami isteri tersebut.
Bagaimanapun seperti kata Dr. Redza, ada baiknya juga jika dikurangkan dan kongsi seadanya sahaja.
Ini antara risiko paling bahaya yang ‘menghantui’ bayi, iaitu asap rokok daripada perokok.
Tidak perlu ulas dengan lebih mendalam tentang keburukan merokok, anda sendiri sudah maklum tentangnya.
Cuma apabila berada berdekatan dengan bayi, sebaiknya janganlah merokok di kawasan situ. Biarkan bayi yang baru hendak mengenal dunia itu selamat dan boleh menghirup udara yang bersih.
Kenyataan ini, mungkin ibu-ibu atau ayah-ayah sahaja yang faham.
Maklumlah, dunia ketika baru berkahwin dengan selepas melahirkan anak agak berbeza. Si ibu terpaksa korbankan waktu tidur malam untuk susukan bayi.
Untuk mengetahui pelbagai lagi tips penting tentang bayi dan ilmu keibubapaan, bolehlah ikuti Dr. Redza melalui saluran Telegramnya di bawah ini.
Sumber: Dr. Redza Zainol