Kementerian Kesihatan (KKM) merayu orang ramai agar jujur ketika mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan bagi melindungi staf perubatan dari risiko jangkitan COVID-19.
“Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti Kesihatan untuk bersikap jujur.
“Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19,” ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
“Jika anda mempunyai gejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti Kesihatan yang patut anda kunjungi.
“Bantulah kami untuk membantu anda,” ujar beliau.
Terbaru, seramai 15 orang staf kesihatan disahkan positif COVID-19 dengan seorang daripada mereka sedang dirawat di ICU.
Sumber: KKM