
Wabak koronavirus atau yang kini dikenali sebagai Covid-19 sememangnya telah memberikan kebimbangan kepada komuniti dunia. Apa tidaknya, telah banyak dilaporkan kematian yang dikatakan berpunca daripada jangkitan tersebut.
Disebabkan kebimbangan itu, pelbagai langkah bagi mencegah dan merawatnya giat dijalankan. Antaranya ialah dengan memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.
Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya juga turut berkongsikan pandangannya berkaitan pencegahan Covid-19. Menurut bebenang yang dibuat, Dr Amalina ada mengatakan bahawa dengan memakai topeng muka tidak sepenuhnya dapat mencegah manusia daripada Covid-19 terutamanya jika seseorang itu sihat.

Dr Amalina juga memaklukan bahawa topeng muka hanya perlu dipakai sekiranya mempunyai gejala Covid-19 bagi menghalang risiko penyebaran. Beliau juga ada berkongsikan cara terbaik untuk mencegah daripada jangkitan.

Tambahnya, cara yang berkesan untuk mencegah daripada jangkitan ialah dengan mencuci tangan. Penggunaan topeng muka juga dikatakan boleh merbahayakan sekiranya topeng itu tidak dijaga atau dibasuh dengan kerap.

Tambahan lagi, memakai topeng muka juga boleh menimbulkan perasaan selamat yang palsu sehingga menyebabkan terabainya langkah pencegahan yang lain.

Bagi yang memakai topeng muka, Dr Amalina juga menasihati agar ianya dipakai dengan betul seperti memastikan diikat dengan kemas supaya jurang antara muka dan ‘mask’ dapat diminimakan.
Tambahnya lagi, topeng muka yang dipakai perlu dielakkan daripada disentuh dan ianya perlu dibuang dengan segera selepas dibuka.
Dalam bebenang tersebut juga, Dr Amalina turut berkongsikan beberapa bacaan bagi memudahkan lagi pemahaman orang ramai mengenai cara pencegahan jangkitan Covid-19.
Sumber: Dr. Amalina Bakri