Dalam industri produksi pembuatan atau perkilangan makanan, label sangatlah penting untuk kita tahu dengan lebih terperinci isi kandungan mengenai makanan tersebut, selain logo Halal dan sebagainya.
Menerusi perkongsian seorang ahli teknologi makanan (food technologist) yang menggunakan nama Facebook Sazly Tulih (gambar), baliau baru-barui ini menjelaskan tatacara dan tujuan label sesuatu produk.
Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
Pelabelan Makanan
Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang benar dan jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tatacara menulis senarai ramuan pada label
1. Semua ramuan yang digunakan untuk membuat produk makanan tersebut hendaklah dinyatakan pada label makanan kecuali air, aditif makanan dan nutrien.
2. Ramuan tersebut hendaklah dinyatakan berdasarkan kepada nama sebutan sebenar ramuan tersebut.
3. Bagi produk makanan yang terdiri daripada dua atau lebih ramuan, ramuan tersebut hendaklah disenaraikan mengikut susunan berat menurun.
4. Bagi produk makanan yang mengandungi lemak makan atau minyak makan atau kedua-duanya, hendaklah dinyatakan:
Pernyataan tentang adanya lemak makan atau minyak makan atau keduanya-duanya.
Nama biasa binatang atau sayur-sayuran, dari mana lemak atau minyak itu diperolehi.
5. Bagi produk makanan yang mengandungi ramuan makanan atau aditif makanan yang ditambah berasal daripada binatang, nama biasa binatang perlu ditulis pada label.
Jangan salah label ya dan jangan makan harimau.
Sumber: Facebook Sazly Tulih