Gambar: National Geographic

Jangan “Provoke”, Ketahui 3 Tips Penting Untuk Tangani Hidupan Liar Yang Sesat Semasa Banjir

Syed Faisal Sayed Muhammad

Jangan “Provoke”, Ketahui 3 Tips Penting Untuk Tangani Haiwan Liar Yang Sesat Semasa Banjir

Hidupan liar adalah merupakan haiwan yang hidup di habitat asal mereka seperti di dalam hutan. Namun sewaktu musim bencana banjir yang berlaku negara di beberapa negeri di sebelah pantai timur telah memperlihatkan hidupan liar telah hilang arah akibat terkesan dengan bencana banjir tersebut.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Juster Jabatan PERHILITAN menerusi perkongsian yang dibuat menerusi laman Twitter rasmi mereka telah berkongsi beberapa tips bagi menangani hidupan liar yang tersesat semasa banjir berlaku.

Tips yang pertama ialah:

Orang ramai hendaklah tidak membuat sebarang provokasi terhadap hidupan liar

Sewaktu berhadapan dengan hidupan liar jangan sesekali melakukan provokasi terhadap haiwan berkenaan. Ini kerana provokasi yang dibuat oleh manusia boleh membuatkan haiwan itu marah dan bertindak agresif.

Terutamanya sewaktu musim banjir ini, adakalanya terdapat hidupan liar yang tersesat dan masuk ke kawasan-kawasan perumahan atau kampung. Anda digalakkan untuk tidak terus berhadapan dengannya sebaliknya cuba bertenang dan cuba jauhkan diri dari hidupan liar berkenaan.

Jauhi daripada lokasi hidupan liar itu berada

Apa yang dimaksudkan dengan tips ini ialah orang ramai kalau boleh sewaktu berdepan dengan hidupan liar ini, anda seharusnya cuba untuk tidak berinteraksi dengan mereka.

Jika hidupan liar tersebut muncul secara tiba-tiba, orang ramai dinasihati tidak panik dan kawal pergerakan anda. Cuba elakkan berhadapan dengan hidupan liar tersebut.

Hubungi Jabatan Perhilitan Negeri

Tips ini paling penting untuk anda yang berdepan dengan hidupan liar. Peka dengan keadaan persekitaran dan hubungi pihak Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut. Jangan lakukan tindakan melulu yang boleh mendatangkan ketakutan hidupan liar.

Hidupan liar yang ketakutan akan mula bertindak agresif dan ini boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini mungkin terjadi terutamanya hidupan liar seperti gajah dan babi hutan.

Sebarang aduan berkenaan hidupan liar boleh disalurkan ke Jabatan PERHILITAN yang berhampiran atau hubungi Talian Hotline Jabatan PERHILITAN di 1-800-88-5151 untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Perhilitan