Beberapa hari ini, dunia seakan-akan di landa demam Marvel Avengers : Endgame. Wabak Marvel tersebut telah menggegar dunia perfileman apabila berjaya pecah panggung dalam 3 hari tempoh tayanganya. Malah, pada hari pertama tayangannya di Australia, China dan beberapa negara di Eropah, filem itu telah berjaya meraih RM780 juta.
Gambar : MarvelLebih meriah apabila tanda palang Avengers Endgame juga sentiasa memenuhi media sosial seperti Facebook, Instagram dan twitter. Seorang gadis telah berkongsi di laman twitternya tentang tindakan teman lelakinya yang memberi amaran kepadanya sebelum menonton filem tersebut. Ciapan tersebut nyata telah mencuit hati ramai pengguna laman terbabit.
Menurut kamilla, teman lelakinya telah menghantar pesanan kepadanya. Sungguh tidak sangka apabila pesanan tersebut merupakan ‘syarat-syarat’ yang perlu dipatuhi olehnya sepanjang menonton filem berkenaan. Antara pesanan yang ditulis oleh lelaki bernama Cyrille itu adalah :
1. Kita tidak akan beratur untuk membeli popcorn, sila beri keutamaan pada perkara lebih penting.
2. Awak tidak dibenarkan untuk memakan apa-apa semasa menonton termasuk ketika scene kredit akhir, tapi awak dibenarkan untuk minum air secara senyap-senyap.
3. Saya tidak akan memberikan laluan untuk awak bergerak ke tandas, sila cari laluan alternatif lain.
4. Awak tidak tidak dibenarkan berkomunikasi dengan saya walaupun ketika treler (sebelum mula) ataupun ketika kredit akhir.
Gambar : The Guardian5. Setelah selesai sahaja filem itu, kita akan mengadakan sesi perdebatan selama 30 minit untuk membincangkan filem tersebut yang kemudian diikui dengan sesi refleksi diri.
6. juga dimaklumkan bahawa saya mungkin tidak akan seperti biasa ketika menonton filem itu. Tolong jangan bimbangkan saya.
Akhir sekali, terima kasih atas kerjasama. Saya berharap ia akan menjadi pengalaman menonton yang menarik dan menyeronokkan.
Sumber : Kamillah Rose