Umumnya, semua tahu bahawa makanan yang paling sihat dan banyak kebaikan serta khasiat sudah semestinya buah-buahan dan juga sayuran. Tidak dinafikan, semua tumbuhan yang diciptkan ada khasiatnya yang berbeza-baza.
Walaupun begitu, mungkin ada juga buah yang mungkin memilik khasiat yang kurang sedikit. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh cara penanaman dan sumber tanah.
Menerusi akaun Facebook Mazliana Mazlan, beliau kongsikan kenapa perlunya kita sebagai pengguna wajib semak label yang ada pada buah-buahan. Ikuti perkongsian yang telah kami sertakan di bawah.
Semoga bermanfaat.
Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca.
Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana. Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.
Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.
Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya. Dua negara ni, saya cuba elakkan.
Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.
Bagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.
Sama-sama kita cuba k, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat.
Sumber: Mazliana Mazlan