Seperti kita sedia maklum, berkuatkuasa 1 Januari lepas, pesakit Covid-19 di tahap satu dan dua yang tidak mempunyai gejala, diminta menjalani kuarantin di rumah dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan.
Pesakit tidak dibenarkan bercampur dengan ahli keluarga atau rakan serumah dan perlu diasingkan di dalam bilik sehingga menjalani ujian saringan buat kali terakhir.
Oleh itu, terdapat beberapa panduan yang perlu diikuti termasuklah etika mencuci pakaian pesakit Covid-19 yang perlu mengikut 9 garis panduan yang betul supaya tidak menjangkiti orang lain.
Antaranya elakkan menggoncang pakaian kotor kerana virus boleh merebak ke udara melalui cara tersebut. Ikuti perkongsian oleh Majlis Keselamatan Malaysia seperti di bawah.

Sumber: Twitter @MKNJPM