Baru-baru ini tular tentang satu status yang dimuatnaik oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab tentang soal agama, haram dan dosa.
Kiriman tersebut telah mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan bahawa status tersebut tidak tepat dan memberi kekeliruan kepada orang ramai.
“Walau apa pun gelaran anda, ustazah ataupun ustaz jangan cuba-cuba mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan. Kenyataan seperti di bawah adalah tidak tepat.”
Jelas mufti lagi, mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah, yakni jika ada sebahagian sudah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain, namun membaca al-Quran dengan bertajwid merupakan suatu kelaziman dan kemestian.
Tidak dinafikan seseorang itu perlu pelajari ilmu tajwib bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dan perubahan makna ketika membawa namun ia tidaklah jika seseorang tidak pelajari ilmu tajwid adalah haram dan berdosa.
“Ini boleh melemahkan semangat orang yang baru mengenali Al-Quran”
“Dengan adanya motivasi ini maka seseorang akan tergerak untuk memperbaiki bacaan Al-Qurannya. Mengatakan haram dan berdosa membaca al-Quran tanpa mempelajari ilmu tajwid sekaligus akan menjauhkan orang dari mendekati Al-Quran.”
“Kami banyak kali menyebut, jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan konterversi. Jika hendak mengajak orang ke kelas tajwid anda sekali pun, jangan keluarkan hukum yang sebegitu apatahlagi ianya tidak ada asasnya,” jelas pihak pebajat Mufti Wilayah lagi.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah