
Mungkin ramai antara kita yang pernah melihat pelancong-pelancong wanita menggayakan tudung namun tidak memakai pakaian yang bersesuaian.
Ada sesetengah masyarakat yang dilihat kurang senang dengan keadaan ini dan mengganggap pelancong-pelancong tersebut tidak menghormati dan mengikut panduan menutup aurat dengan betul.
Melihat dari perspektif yang berbeza, Amera Hartini berkongsi pendapatnya berkaitan hal ini di Twitter dan ciapannya diulang kicau sebanyak 8,300 kali.
Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya menghukum pelancong-pelancong tersebut kerana mereka bukan tidak menghormati kita namun mereka ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mendalami budaya di negara ini .

Amera juga berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan pelancong-pelancong terutama dari China yang ingin bergambar bersama-bersama disebabkan tudung yang dipakai oleh beliau ketika bekerja di kedai pakaian.

Pelancong dari China juga pernah meminta kawannya yang bekerja di kedai tudung untuk menjadi stylist tudung dan mereka sangat menyukainya.


Rata-rata netizen yang komen bersetuju dengan ciapan beliau dan berharap lebih ramai lagi yang positif seperti Amera.

Sumber: Amera Hartini