Jangan Buat “Prank” Tekan Muka Atas Kek, Bahaya Tercucuk Jika Ada Lidi Sate Untuk Stabilkan Kek

Fazidi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Seorang pengguna facebook memuat naik sekeping gambar kek yang mungkin membuat orang berfikir dua kali sebelum bertindak menekan muka ke atas kek ketika sambutan hari jadi.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Ong Lip Qin Physiotherapist – Precise Rehab, terdapat dua batang kayu dipercayai lidi sate yang dipatahkan dan ditempat di bahagian dalam kek.

Menurutnya, kayu berkenaan mungkin digunakan bagi memastikan kek berkenaan stabil terutamanya untuk kek-kek yang bersaiz besar.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian orang ramai dan hingga kini, ia sudahpun dikongsi lebih 120 ribu kali.

Tidak menghairankan pesanan daripada Ong Lip Qin Physiotherapist – Precise Rehab itu menjadi viral, kerana budaya menekan muka atas kek boleh mendatangkan mudarat sekiranya terdapat lidi sate dalam kek berkenaan.

Sumber: Ong Lip Qin Physiotherapist – Precise Rehab