Bencana banjir yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia adalah disebabkan beberapa faktor termasuklah hujan lebat yang berterusan. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang sekiranya berlaku hujan lebat dan ribut petir di kawasan terdekat mereka. Perkara itu penting untuk kita tahu bagi membantu kita selamat daripada ancaman bahaya semasa hujan turun dengan lebat ataupun ribut petir yang kuat.
Oleh itu, Hello Doktor berkongsi satu artikel berkaitan tujuh perkara yang perlu dielakkan sekiranya berlaku hujan lebat dan ribut petir. Jom kita baca dan elakkan daripada buat perkara tersebut semasa hujan lebat dan ribut petir di kawasan berdekatan.
7 Perkara Perlu Elak Semasa Hujan Lebat & Ribut Petir!
Musim hujan adalah musim yang sangat tidak disukai oleh orang ramai kerana ia akan mengehadkan setiap aktiviti seharian kita. Dalam pada itu, ada beberapa perkara yang kita perlu elak semasa ribut petir melanda. Nak tahu apa perkara tersebut? Jom baca artikel ini!
Perkara perlu elak semasa hujan lebat & ribut petir
Selain mendapat penyakit seperti demam dan selesema, kita perlu elakkan diri dari hujan lebat dan ribut petir agar tidak terkena renjatan elektrik!
Untuk pengetahuan anda, renjatan elektrik terhadap manusia adalah berbahaya kerana ia boleh mendatangkan maut.
Menurut panduan bahaya elektrik yang diterbitkan oleh Occupational Safety and Health Administration (OSHA), arus elektrik yang berukuran 1 milliamps (MA) boleh mengakibatkan sensasi sesemut dan sekiranya arus tersebut mencecah sehingga 75 MA, ia boleh menyebabkan serangan jantung, lantas membawa maut.
Buat anda yang belum tahu, renjatan elektrik ini akan menjadi lebih bahaya sekiranya ada kehadiran air. Disebabkan itu, ramai pakar tidak menggalakkan anda untuk menyentuh segala peralatan elektrik semasa tangan sedang basah, begitu juga sewaktu banjir.
Bagaimana pula ketika hujan lebat dan banjir kilat?
Hakikatnya, ada beberapa perkara yang anda perlu elak sekiranya cuaca sebegini menimpa tempat tinggal anda. Menurut The Center for Disease Control and Prevention (CDC), berikut adalah perkara yang diperkatakan:
Sekiranya terkena renjatan kilat, apa perlu dilakukan?
Sudah tentu, orang yang terkena renjatan pasti tidak mampu berbuat apa-apa. Jadi, individu yang berada dekat dengan mereka perlu memainkan peranan.
Berikut merupakan langkah utama yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa:
Jadi, Hello Doktor sangat mencadangkan agar setiap rumah memasang alatan ini bagi melindungi diri anda sekeluarga.
Oleh itu, anda perlulah berkongsi kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang lain agar mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara tersebut. Mari kita sama-sama menjaga orang tersayang dengan cara yang disarankan itu!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hello Doktor