Perbuatan khianat di atas jalan raya masih lagi berlaku dalam negara kita hingga ke hari ini.
Antara yang sering berlaku seperti dilaporkan dalam berita atau tular di media sosial adalah minyak yang sengaja disimbah di jalan raya, paku-paku berselerakan, dawai besi yang diikat antara dua tiang di laluan motosikal dan banyak lagi.
Tidak dapat dinafikan, perbuatan khianat tersebut mungkin dibuat sebagai satu ‘usaha’ untuk menyamun mangsa.
Terbaharu, laman Facebook Polis Kedah hari ini memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan paku-paku bertaburan di atas jalan rata dalam satu kejadian di sana.
Gambar: Polis Kedah
Gambar: Polis Kedah
Gambar: Polis Kedah
Gambar: Polis KedahSemoga si pelaku dapat ditangkap dan dibawakan ke pihak polis untuk tindakan lanjut, sekiranya benar ia adalah perbuatan khianat.
Kepada orang awam pula, berhati-hatilah di atas jalan raya. Agak sukar untuk kita mengesan perkara-perkara begini kerana bak kata pepatah, ‘malang itu tidak berbau’.
Sumber: Polis Kedah