Usus yang sihat penting untuk kesihatan keseluruhan badan kerana ia adalah salah satu organ yang berfungsi menyerap zat dan nutrisi makanan untuk dibekalkan ke seluruh tubuh.
Antara tanda usus tidak sihat dikongsikan Public Health Malaysia adalah jika anda kerap menghadapi masalah berikut,
Masalah penghadaman seperti perut kembung, berangin, sembelit atau cirit birit
Lemah imuniti tubuh, yakni kerap jatuh sakit
Masalah kulit, eczema
Perubahan berat badan
Bagi mengatasi masalah tersebut, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan keseimbangan bakteria di dalam usus.
Makan buah dan sayuran untuk serat
Kurangkan makanan berproses dan gula
Makan perlahan, kunyah dengan sempurna
Aktif secara fizikal
Dapatkan tidur yang cukup
Makan makanan yang kaya prebiotic dan
Sumber: Public Health Malaysia, MyHealth.gov