Pernah dengar tentang Pulau Kucing di Pahang? Pulau Keladi atau dikenali sebagai ‘Meow Island’ kini dinaiki air akibat cuaca buruk sejak beberapa hari ini.
Menerusi laman Twitter Jatikhwan berkongsi beberapa keping gambar keadaan Pulau Kucing tersebut. Lebih memilukan apabila jambatan utama yang menghubungkan pulau tersebut dikatakan runtuh dibawa arus sungai yang laju.



Menurut Ikhwan, keadaan kucing di pulau tersebut selamat kerana paras air tidak naik di kawasan tersebut.
Saya diberitahu sukarelawan di Pulau Kucing memerlukan dana yang banyak untuk kos baik pulih jambatan ni. Mereka sangat runsing sekarang.
Jika ada yang sudi sumbangkan wang ringgit, boleh DM saya ya. Jangan risau, setiap sen sumbangan anda akan dapat terus kepada mereka.
Saya sendiri akan hulurkan esok. Dan saya akan maklumkan disini. Pulau Kucing ni adalah tempat untuk membela kucing-kucing tak bertuan, terbiar dan jalanan. Mereka yang menguruskan juga adalah NGO.
Ini pesanan WhatsApp daripada wakil Pulau Kucing sendiri…

Buat masa sekarang memerlukan dalam RM 10,000 untuk baik pulih jambatan…
InsyaAllah saya akan berada di Pulau Kucing sekitar jam 2 petang bagi meninjau keadaan terkini selepas dilanda air Sungai Pahang tempoh hari.
Pulau Kucing ditutup buat sementara waktu untuk pelawat tapi bagi sukarelawan yang boleh membantu, dipersilakan hadir.
Sumber: Jatikhwan