Gambar sekadar hiasan

Jalan Susur Masuk Bangi Ke Kajang Ditutup – PLUS

Sha Rossa

Kuala Lumpur: Jalan susur masuk Bangi ke Kajang di Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup kepada lalu lintas mulai 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini hingga 8 Sept ini bagi kerja-kerja memotong pokok besar di sepanjang laluan itu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan pengguna dari arah selatan/Bangi yang menuju ke Kajang dinasihat menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol UPM.

“PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papan tanda dan arahan disediakan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA