Kereta Kebal Rosak di susur Carcosa ke KL Sentral
Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia dilapor rosak di Jalan Damansara, iaitu i susur Carcosa ke KL Sentral, kira-kira 10.30 pagi tadi.
Kerosakkan berkenaan menyebabkan laluan tengah jalan terhalang dan trafik sesak. Renjer kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal lalu lintas.
Dalam satu balasan komen, KLCCC memaklumkan jentera berkenaan sudah berjaya dialih dan ditunda ke kawasan selamat.
Tidak dipastikan apakah punca kerosakan kereta kebal berkenaan beserta lokasi yang hendak dituju.
Kredit KLCC DBKLSumber: KLCCC