Bernilai jutaan ringgit namun sayangnya sebuah jalan raya bertingkat di Avonmouth, Bristol, tidak dapat digunakan kerana pemaju projek tidak menghubungkan ia dengan rangkaian jalan raya tempatan.
Dikenali sebagai M49, jalan raya bernilai 50 juta euro itu telah siap dibina pada 2019 namun masih lagi tidak dibuka kerana ia hanya membawa kepada jalan buntu.
Persimpangan dua jambatan itu dibina oleh Highways England yang terletak di sebelah selatan Western Approach Distribution Park dan selatan Easter Compton.
Menurut South Gloucestershire Council, tanggungjawab untuk membina jalan penghubung yang akan memberikan akses ke persimpangan adalah milik pemaju.
Jalan penyambung yang tidak dibina akan bergabung dengan taman pengedaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat termasuk Amazon, Lidl dan Tesco ke lebuh raya utama.
“Kami telah bekerja untuk mempengaruhi dan membantu untuk mempermudahkan pembinaan jalan penghubung dan telah bekerjasama dengan pemilik tanah dan majikan utama di daerah itu, berusaha untuk memastikan bahawa pautan itu dibina tepat pada waktunya,” kata jurucakap South Gloucestershire Council.
M49 adalah lebuh raya sejauh lima batu yang menjadi penghubung antara M5 di persimpangan 18 dan persimpangan Severn kedua.
Sumber: Bristol Live